Pancake Nutella
Dulu sewaktu kecil, aku pernah bercita-cita menjadi seorang polis. Maklum saja, kawasan berek yang aku diami sememangnya perumahan dan markas Polis Merin. Abah aku sudah pastinya juga Polis. Hal tersebut kemudian meniupkan semacam “angin polis” dalam diri aku. Sebagai seorang gadis yang tinggal di lingkungan yang lumayan dengan polis, aku melihat semacam fakta yang semakin kuat, di mana apabila menjadi Polis dan apapun pangkatnya pasti akan selesaikan satu isu besar yang semua perempuan akan lalui iaitu faktor pemilihan baju untuk…