BUNGA
Abah aku marah-marah, kerana stokin kerjanya yang dia taruh di kamar mak aku tak dapat ditemui atau lebih tepat hilang entah kemana. Hilang di dalam bilik mak yang pada aku adalah kamar terbaik dalam status pengundian aku dan adik. Kamar mak aku ni sudah tentu-tentulah adalah juga kamar abah aku. Namun, kerana terlalu banyaknya laci-laci di almari (ada 1 almari boleh ubah dan 12 kaki almari lekat di dinding sebab dok umah gomen), ditambah beberapa kotak langsir yang terparkir di…