skip to Main Content
Thumbnail Kek Pisang 2

Hello hampa! Gara-gara terlalu lama mengharungi detik dan saat berlalunya minit melepasi waktu senja membawa ke terbitnya mentari pagi….Gara-gara mengadap dinding yang sama, dapur yang tak ada bezanya dan lantai yg serupa maka terciptalah idea-idea bernas tatkala sel-sel otak aku ni mula berhubung.

Anak-anak asyik mengadu lapaq nak makan itu nak makan ini sedangkan mummy tak dapat nak ke sana dan ke sini kerana terikat dengan perjanjian Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih manis dipanggik PKP (bukan bermaksud “Pulun Kedah Pulun”) hehehhehe….

Nak dijadikan cerita atau lebih molek aku panggil kebetulan, ada setandan pisang mas yang aku tanam di sebelah rumah telahpun masak. Rezeki kami sekeluargalah dapat makan pisang mas yang tak dapat dibawa belayar (sebab PKP).

Buat pengetahuan hampa, aku ni memang suka sangat bercucuk tanam. Macam-macam jenis pokok pisang aku tanam, Pisang Awak, Pisang Abu Batu, Pisang Lang, Pisang mas dan pisang hutan pun ada jugak. Kalau boleh nak jugak tanam pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka tapi dengan tanah kat sebelah rumah aku yang sekangkang kera tu aku terpaksalah batalkan niat di hati….

Setelah bermesyuarat dengan anak-anak aku, depa dengan sebulat suara bersetuju untuk aku buat mini kek pisang ditambah coklat chip buat minum petang. Alhamdullillah aku dah kaji resepi untuk kek pisang coklat chip ni sangatlah mudah, nak buat pun senang rasanya sambil pejam mata pun boleh buat ni (tapi buat dalam mimpi lah, hehehe).

Aku dah tolak tambah bahagi darap kos pun sangat rendah dan ekonomi. Dengan berbekalkan RM15 sahaja hampa dah dapat buat mini kek posang coklat chip ni dengan puas hati (boleh dapat 30 mini cup cake tau)

Ajak anak-anak join sekali!

The best part, masa hampa nak buat kek ni ajak anak-anak join sekali, barulah meriah area dapoq tu, sambil perhatikan gelagat anak anda yg seorang kaki merajuk, seorang kaki merengek dan seorang lagi kaki mengusik…dari membiarkan anak hampa dok sebok dengan game dan handphone lebih baik buat aktiviti yg berfaedah ni kan. Dapat jugak depa simpan memori “cooking with my mum” dalam kotak ingatan depa. Sangat berharga buat anak-anak tau.

Modal Rm15 je!

Ok kembali semula kepada isu mini kek pisang coklat chip ni. Hampa jangan dok risau pasai bahan-bahan nak buat sebab sememangnya bahan-bahan sangatlah simple dan senang. Modal pun cuma RM15 biji jer dah boleh dapat lebih kirang 30-35 biji mini kek tau.

MINI KEK PISANG COKLAT CHIPS

Bahan-bahan:
⁃ 1/2 cawan gula halus (dikisar)
⁃ 4 biji telur (dikisar)
⁃ 2 1/2 cawan tepung gandum (230 gram)
⁃ 2 cawan pisang yg dah dilecek(300 gram)
⁃ 2 sudu kecil esen vanilla
⁃ 2 sudu kecil baking powder
⁃ 1 sudu kecil sodium bikarbonat
⁃ 1 sudu kecil garam
⁃ 1 cawan minyak masak
⁃ 2 cawan coklat chips

Cara masak:
⁃ kisar dulu gula dan telur. Selepas kisar masukkan dalam bekas utama
⁃ Campurkan pisang dan kacau rata (jangan terlalu lama)
⁃ Masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam, esen vanilla dan minyak masak. Kacau hingga sebati.
⁃ Akhir sekali masukkan coklat chips.
⁃ Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.
⁃ Bes gila dihidang bersama air teh O panas😘

Selamat mencuba untuk yang baru pertama kali nak buat. Jangan nerves, jangan cuak sebab semuanya di hujung jari hampa ja..kaqu nak tengok details macam mana aku buat cup cake ni bolehlah layan video aku kat SINI. OK selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *