Dulu sewaktu kecil, aku pernah bercita-cita menjadi seorang polis. Maklum saja, kawasan berek yang aku diami sememangnya perumahan dan markas Polis Merin. Abah aku sudah pastinya juga Polis. Hal tersebut kemudian meniupkan semacam “angin polis” dalam diri aku.
Sebagai seorang gadis yang tinggal di lingkungan yang lumayan dengan polis, aku melihat semacam fakta yang semakin kuat, di mana apabila menjadi Polis dan apapun pangkatnya pasti akan selesaikan satu isu besar yang semua perempuan akan lalui iaitu faktor pemilihan baju untuk hari ini, hari esok, hari lusa, hari raya, hari kemerdekaan dan hari-hari mendatang.
Tak perlu memusingkan kepalamu seperti blender memikirkan apa ragam bajunya untuk esok dan hanya memakai pakaian yang sama dan serupa di setiap pagi waktu bekerja. Pada aku itu sangat senang lantas aku yakin polis akan jadi cita-cita pertama aku.
Rendang lagi kecil!
Kelak, cita-cita sebagai polis ini pupus kerana aku sedar diri dengan postur tubuh aku yang tak tinggi lampai, rendang lagi kecil dan pendek. Jangankan jadi polis, untuk sekadar mengangkat satu pucuk senjata saja rasanya aku pasti mengerahkan banyak daya dan upaya. Kalau orang jahat itu tahu kelemahan terbesar aku adalah lipas (OMG!!) pasti di kejarnya aku tanpa belas kasihan. Kesian.
Cita-cita sebagai seorang polis hilang sudah. Aku kemudian bercita-cita menjadi seorang pramugari. Maklum saja, ketika aku melayari zaman pengakhiran kanak-kanak dan permulaan dewasa (lebih dikenali zaman remaja) aku disajikan dengan majalah Mangga, cerita tentang banyaknya artis yang cantik dimulai dengan pekerjaan pramugari (sebagai contoh aku berikan di sini pada Ziana Zain (bukan nama sebenar) ) membuatkan aku merasa terpanggil. Bukan susah pun kerja pramugari, naik mobil terbang sambil melaram dengan kebaya biru, ada belahan kecik di kaki, dihiasi hari dengan senyuman dan turun memijak bumi di serata dunia. Itu apa yang aku pikirkan…heheheh…
Ahli sejarah!
Namun, cita-cita sebagai pramugari ini pupus sebab nilai biologi aku ternyata buruknya minta ampun. Dengan masalah yang sama, walaupun tinggi peribadinya tapi tidak tinggi tubuh badannya. Kadang-kadang merasa diri cantik dan kadang-kadqng merasa diri huduh masyaalllah. Ujian bahasa inggeris aku seringkali kurang lulus ertinya gagal total. Satu-satunya prestasi bahasa inggeris aku mungkin aku rasakan berjaya untuk tidak gagal semasa PMR. Dan itu bukan prestasi yang istimewa, sebab hampir semua kawan satu kelas aku berhasil mendapat A.
Merasa tidak cocok dengan pramugari, aku kemudian mulai mencari pilihan cita-cita lain. Aku mulai bercita-cita menjadi seorang ahli sejarah. Kali ini, alasannya sederhana. Saya memang suka pelajaran sejarah. Sewaktu PMR, aku pernah mendapatkan nilai sejarah paling tinggi saat ujian akhir. Khusus untuk mata pelajaran sejarah, nilai aku unggul dari Adam dan Hawa, dua pelajar terpintar di sekolah aku kala itu.
Namun cita-cita itu lagi-lagi pupus kerana aku ternyata salah pikiran, bukan sejarah yang aku minati tapi sastera…adeh!
Juruwang!
Tamat belajar aku kemudian bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah kedai makanan ringan bernama Butler’s Family Restaurant. Di situ selain mengambil pesanan, menerima tunai dan mengelap meja kotor aku juga blajar caranya untuk buat pancake..harganya RM 6.90 seingat aku. So kat sinilah aku mula kenal pancake. Walaupun rupanya taklah sama sebijik dengan pancake yang aku buat saat ini tapi cukup mengingatkan aku memori masa lepas.
Meh aku share macam mana aku buat pancake ni, senang dan sangat mudah, hampa boleh klik SINI kalau nak tengok video cara nak masak pancake.
Pancake Nutella
Bahan-bahan untuk pancake:
• 2 cawan tepung naik sendiri /gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 3 sudu besar gula (boleh tambah@kurangkan)
• 1 sudu kecil garam
• 1 biji telur
• 4 sudu besar mentega (dicairkan)/ minyak masak
• 2cawan susu cair / fresh milk
• 2 sudu susu pekat manis
• 1 sudu besar mayonis
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan yg sudah dikacau ke dalam blender, kisar sebati.
3. Rehatkan adunan selama lebih kurang 10 minit.
4. Sendukkan adunan ke atas non-stick pun yang telah di panaskan. Terbalikkan penkek bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan dan boleh hidangkan.
5. Pancake ni boleh dimakan begitu sahaja sebab dah manis atau makan bersama nutella dan madu.
6. Yummy!!!
Sejak saat itu, aku mulai belajar untuk menyederhanakan keinginan dan cita-cita.
Sukses berkali-kali!
Boleh jadi, aku memang orang yang terlalu lemah dan kurang gigih dalam memperjuangkan cita-cita. Tapi, kisah banyak orang yang gagal dari cita-citanya dan ternyata menjadi sukses berkali-kali mempengaruhi aku.
Aku berkali-kali bertemu orang-orang yang “sukses” walaupun setelah ia tersesat jauh dari cita-citanya. Aku tidak pernah percaya penuh pada semangat. Bagi aku semangat itu nombor sekian, nombor satu adalah memenuhi keperluan, nombor dua adalah menerima keadaan.
Abang Pedas!
Aku masih ingat dengan percakapan aku dengan Abang Pedas. Kami pernah punya keinginan kalau kelak mungkin kami ditakdirkan menikah, kami akan bekerja keras dan menabung demi bisa membeli rumah yang luas halamannya.
“Kalau halamannya luas, nanti kita bisa membina kolam mandi buat anak-anak…” kata aku.
Tapi nyatanya, harga tanah semakin hari semakin tak masuk akal. Rasanya susah bagi kami kelak untuk bisa punya rumah dengan halaman yang luas.
“Kalau kelak ternyata duit hasil tabungan kita hanya cukup untuk bisa beli rumah yang halamannya sangat sempit, macam mana?” tanya aku pada Abang Pedas.
“Allah yang merancang semuanya kita hanya mampu berusaha, dapat tengok muka awak sampai tua pun dah cukup.”
Aku tertawa. Abang Pedas ikut tertawa.
Betol. Hidup memang soal kompromi.