Abah aku marah-marah, kerana stokin kerjanya yang dia taruh di kamar mak aku tak dapat ditemui atau lebih tepat hilang entah kemana. Hilang di dalam bilik mak yang pada aku adalah kamar terbaik dalam status pengundian aku dan adik.
Kamar mak aku ni sudah tentu-tentulah adalah juga kamar abah aku. Namun, kerana terlalu banyaknya laci-laci di almari (ada 1 almari boleh ubah dan 12 kaki almari lekat di dinding sebab dok umah gomen), ditambah beberapa kotak langsir yang terparkir di kamar mak membuat abah tekad untuk memilih satu sahaja almari untuk semua barang-barang abah.
Emak aku berada satu barisan dengan adik perempuan aku. Gemar membeli kain dan mak menjahitnya sendiri namun lebih suka menyimpan dari memakainya.
Warna kegemaran mak adalah merah jadi tak salah mata memandang andai kata terbuka pintu almari bilik mak kerana dek taufan kipas maka terpandanglah 95% kain yang bewarna merah. Tanah hitam bunga-bunga merah itu memang mak. Beg tangan merah dan spek mata bewarna gelap itu memang mak.
Berkoyan-koyan!
Jadilah jumlah pakaian di rumah kami berkoyan-koyan dan semuanya disimpan di kamar mak. Maklum, rumah aku adalah rumah berek Polis Merin yang tingginya sama macam bangunan 4 tingkat sebab memang 4 tingkat sahaja bloknya (Rumah sungguh sangat biasa sekali sehingga kalau nak masik nyorok-nyorok hanya ada 5 minit sahaja pasti akan kantoi ).
Berlawanan kutub dengan mak, abah aku dan juga abang (sebagai sesama lelaki) berada pada barisan yang lain. Tak terlalu suka membeli banyak pakaian dan pabila sesekali bernafsu membelinya akan sentiasa berulang memakainya sehingga lusuh dan tidak sesekali membuangnya jika memang sudah tak pernah dipakai lagi. Bagi abah, sebaik-baik pakaian adalah iman. Wow itu memang abah !
Tukang jahit terbaik!
Aku, memang termaktub dan tertulis mengikuti cara terbaik mak menguruskan pakaian. Kebanyakkan baju kurung aku akan ditempah jahit agar saiznya tepat bangat dengan ukuran badan si pemakai yakni aku. Mak memang tukang jahit terbaik untuk semua baju kurung, baju kebaya, baju kurung kedah, baju kurung moden yang aku miliki.
Tapi itu dulu semasa mak sihat, cergas dan cerdas. Bila mak dah kurang minum susu dan tak makan banyak nasi kesihatan mak semakin menurun ditambah faktor umur mak yang meningkat tanpa dikawal (memang umur tak boleh kawal la) maka mak bukan lagi tukang jahit baju untuk aku. Kesian mak.
Dari zaman kecik aku memang anak mak yang paling suka melaram. Semua makcik-makcik di berek tu sangat mengenali aku, setanding dengan artis-artis di Malaysia yg dok teriak suruh kerajaan bagi dana special untuk depa kerana isu Covid-19 tu, sememangnya sama dengan popularnya aku pada masa itu.
Taring gigi!
Setiap pagi selepas disirami air kolah sejuk yang menggetarkan gigi, aku akan bersiap dengan baju gaun yg comel-comel aku rasa, stokin putih panjang beropol-ropol membaluti kaki, anting-anting berbentuk geometri bergoyang-goyang di telinga, bereyeshadow warna-warni dan paling utama gincu bibiaq yang tak lekang dari “morning checklist” aku. Ok ini memang aku!
Tersengih menampakkan taring gigi aku yg kadang-kadang tersemboi tak terkawal bila aku pandang anak ketiga aku, persis seperti aku. Tatacara pemakaiannya sangat mirip dengan aku. Bilangan cekak nya yg ada dirumah sama banyak dengan bilangan cekak yang udah hilang.
Cekaknya persis berbentuk zirafah, gula kapas, crown, bercahaya dan bersinar-sinar membaluti sedikit rambutnya. Baju yang baru dibeli akan sama taraf dengan yang sudah lama dibeli lantas layanannya juga sama.
Seceria pelangi pagi!
Manghrib melewati waktu senja yang semakin mula berlalu membiarkan malam datang menemani. Sudah berwangi-wangian di kamar mandi pasti dicalitkan sedikit gincu di bibir, disapu pipi merah di pipi comelnya, disembur wangian pantas jiran juga menghidunya. Itu memang BUNGA, anak ketiga aku. Nama yang agak klasik dan menggamit kenangan pilihan daddy, secantik orangnya, seindah senyumannya dan seceria pelangi pagi. Anak itu persis aku.
“Anak no 3 ni memang special sbb mummy pun no 3 jugak…”Kata aku pada daddy. Daddy mencebik.
Ingatan Bunga paling tajam dan kuat, mungkin sebab minum susu “Dutch Lady” aku pikir…
kalau aku ubah kedudukan kerusi, tukar langsir, pakai cawan baru, baju baru, perfume bau lain semua dia akan perasan dan tegur….daddy makan kek kat ikea 2 kali dalam tempoh yg berbeza pun dia perasan😂
Model comel!
Pejam celik Bunga dah nak masuk 6 tahun dan semalam adalah hari lahirnya yang ke-6. Walaupun dalam tempoh PKP ni aku tetap buat “mini supprise party” untuk Bunga…Kalau hampa nak tengok tahap kegembiraan aku sekeluarga menyambut hari jadi Bunga bolehlah klik SINI..Happening wooooo.
Model comel Nimblebee International Preschool tu Cik Bungalah masa umur 2 tahun, esok-esok bila dah besaq jangan dia claim royalti dengan company NIMBLEBEE balik udahler…hehehehheheh
Kadang-kadang perasaan rindu tu datang bila dia jauh
“Rindunya kat budak srg ni😭”hati kecik aku berbicara
Rindu kat perangai tehengkak hengkak dia
Rindu kat ketawa tebahak bahak dia
Rindu kat prangai gila gila dia
Rindu nak org ketok pintu sampai nak runtoh…
Rindu kat budak budget ala ala puteri ni.