Siapa sangka isu satu virus boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Aku yakin tak ramai ahli perniagaan bersedia untuk situasi macam ni, situasi yang tak terbayang di minda tak terpikir dek akal. Mungkin ramai otai-otai perniagaan kat luar sana pun tengah sibuk menyusun semula strategi perniagaan, meneliti semula kesan dan kelebihan yang akan terjadi.
Dalam perniagaan runcit ni memang anda perlukan keseimbangan, anda perlu melabur dalam perkara yang betul contoh seperti media digital tetapi anda kena make sure untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, supaya anda mempunyai wang yang cukup dalam Bank. Anda mungkin perlu pikirkan semula strategi pemasaran anda dan mesej yang hendak disampaikan bersesuaian dengan orang yang betul pada masa yang tepat.
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, tindakan segera ini adalah sangat-sangat penting. Jadi, anda kena ambik tindakan sekarang! Lakukan apa yang boleh hari ini untuk membina rangkaian perniagaan runcit yang lebih baik untuk masa depan.
Berikut adalah 8 langkah yang aku rasa boleh membantu buat masa ini:
1. Manfaatkan bantuan dan sokongan yang ada dalam tempoh PKP ini
Kerajaan telah melancarkan satu pakej sokongan kewangan untuk perniagaan, teliti semula pakej-pakeh tersebut dan pilih ikut pada kesesuaian perniagaan anda.
Bantuan percuma juga disediakan untuk aktiviti pemasaran anda dalam tempoh sukar ini. Facebook menawarkan jangkauan terbesar untuk mempromosikan barangan anda di platform media sosial. Syarikat itu menawarkan geran dan kredit iklan bernilai USD $ 100 (kalau convert ke duit kita sekarang akan jadi RM434 juta) kepada perniagaan kecil. Aku rasa info ni memang sangat-sangat membantu. Boleh tekan link INI
Dan jika anda merancang untuk mula menjalankan webinar atau mempromosikan sesi latihan dalam talian semasa tempoh PKP ni, Google mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan ciri premium di Hangouts Meet yang sangat bagus dan berkesan.
2. Melabur dalam transformasi digital
• Anda perlu melabur dalam penyelesaian digital seperti sistem POS atau Laman e-dagang yang moden dan bersedia untuk lebih fokus pada penjualan dalam talian. Penting untuk mengintegrasikan semua sistem anda.
3. Gabungkan (Intergrate) semua saluran anda
• Perlu segera menyambungkan semua platform digital seperti e-dagang, media sosial, media mudah alih dan menyimpan semua data yang pernah atau akan diperolehi dalam cara yang betul.
4. Jalankan perniagaan runcit yang lebih sederhana
• Mempunyai kunci kira-kira yang kukuh dengan mengurangkan sebarang perbelanjaan yang tidak perlu adalah sangat penting pada saat ini.
5. Mengukuhkan hubungan dengan pelanggan anda
• Membina hubungan yang mendalam dengan pelanggan anda untuk mendapatkan kesetiaan mereka dengan kerap berhubung dengan mereka dan menjadi lebih kreatif seperti menyambut pelanggan dengan nama dan bertanya kepada mereka tentang anak-anak mereka. Menyokong aktiviti penduduk tempatan dan raikan aktiviti mereka.
6. Kreatif dengan cara anda meletakkan kedudukan perniagaan anda
• Mendapatkan orang ramai untuk berbelanja semasa kemelesetan adalah lebih sukar, tetapi ia boleh dilakukan dengan meletakkan/menempatkan perniagaan anda dengan cara yang betul untuk kekal relevan. Mungkin anda boleh lebihkan agihan sedekah ikut pada kemampuan anda dan tidak membebankan perniagaan anda.
7. Audit semula strategi anda untuk bangkit kembali dengan lebih hebat
Permintaan akan meningkat semula, dan anda perlu memastikan anda mendahului persaing apabila berlaku.
Sekarang adalah waktunya untuk mengaudit strategi anda dan memastikan anda memiliki landasan yang betul untuk mencari dan melibatkan sasaran pelanggan anda selama tempoh PKP dan setelah tamatnya krisis ini.
8. Apabila perniagaan anda telah pulih, anda perlu menyimpan lebihan tunai anda dengan lebih berhemah
• Wang tunai adalah Raja tetapi berapa banyak nak simpan? Mengekalkan sekurang-kurangnya 10% (lebih tinggi % lebih baik) daripada hasil pendapatan anda di dalam Bank pada setiap masa. (Syarikat yg berpendapatan tahunan RM1M harus mempunyai kira-kira RM100K dalam akaun bank pada bila2 masa.)
Baik sifu